Pasukan Pemantau/ Naziran Jabatan Pertanian Selangor telah mengadakan lawatan ke projek-projek pertanian di Daerah Klang pada 5 Februari 2009. Program dimulakan dengan penyampaian taklimat kemajuan projek oleh Pegawai Pertanian Daerah Klang dan disusuli sessi soal jawab.
Lawatan naziran telah dijalankan dibeberapa projek di sekitar Kg. Sg. Serdang dan Meru Klang yang meliputi projek tanaman tembikai, tanaman cili fertigasi, projek tanaman orkid komersil dan projek memproses mayonis.
Adalah diharapkan agar Pegawai-pegawai Pengembangan Pertanian akan terus memberikan khidmat nasihat yang berterusan dan terbaik kepada pelanggan khususnya para usahawantani. Ini akan memberikan impak yang berkesan bagi menjayakan matlamat untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat kita.
Wednesday, February 11, 2009
Lawatan Naziran Projek Pertanian Daerah Klang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
cili kat meru ye.....
tu adik saudara aku...
memang berbakat dan kerja kuat
Wawa, blog tu teruskan isi dgn maklumat2 terbaru.Selamat belajar.Tq.
Ye ke Jeff, aku dengar dia dapat 26 metrik tan semusim. Waa banyak tu kalau kali dgn harga RM3/kg
Post a Comment