Wednesday, August 26, 2009

USAHAWANTANI YANG BERJAYA



Ah Hock di ladang jambu batu

Belimbing B10 untuk eksport


Ladang belimbing kepunyaan Ah Chong



Ladang organik Golden Meridian




Ah Meng di ladang sayurnya


Rajin dan usaha adalah tangga kejayaan - itu adalah kata-kata yang diluahkan oleh beberapa usahawantani yang berjaya di dalam bidang masing-masing.Ah Hock mengusahakan ladang jambu batu seluas 45 ekar di Kalumpang, Hulu Selangor telah menceburi bidang pertanian selama lebih sepuluh tahun.Beliau menyewa tanah daripada penduduk kampong dan menanam jambu batu, pisang dan kedondong secara komersial. Beliau juga mempunyai kedai buah-buahan untuk memasarkan buah-buahan dari ladangnya selain daripada pasaran di pasar borong.Dengan memberikan fokus dan komitmen yang tinggi terhadap pengeluaran pertanian, Ah Hock mampu meraih pendapatan lebih RM5000 sebulan.
Seorang lagi usahawan gigih ialah Ah Chong yang mengusahakan tanaman belimbing B10 seluas 100 ekar di H.Selangor dan Perak sejak dua puluh tahun yang lalu. Beliau mengupah 130 orang pekerja mahir di ladangnya meliputi kerja-kerja penyelenggaraan, membalut buah dan mengutip belimbing. Ah Chong mempunyai bilik sejuknya sendiri yang terletak di ladang belimbingnya dan mengeksport produknya ke Eropah. Hasil usaha kerja kerasnya Ah Chong mampu memperolehi pendapatan lumayan melebihi RM20,000 sebulan.
Satu lagi projek yang mengusahakan pertanian komersial secara organik ialah Golden Meridian yang mengeluarkan sayuran daun dan buah seluas 12 ekar. Projek ini mengeluarkan produk sayuran yang 100 peratus organik dan mendapat pensijilan organik SOM. Melalui usaha gigih ini syarikat tersebut dapat menjual hasil ladang 3 kali ganda lebih mahal dari hasil yang dikeluarkan secara konvensional.
Ah Meng merupakan seorang lagi usahawantani yang berjaya melalui pengeluaran sayuran daun seperti bayam, kangkong dan sawi seluas 100 ekar di Rasa, Selangor.Beliau menyewa tanah lot kilang dan tanah-tanah penduduk kampong yang terbiar. Menurutnya soal pasaran tiada masalah kerana semua hasil ladang dipasarkan di pasar borong secara berterusan setiap hari. Melalui usaha gigih ini Ah Meng boleh berbangga dengan pendapatan lumayan melebihi RM20,000 sebulan.
Konsep PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN memang tepat bagi usahawan-usahawantani yang rajin dan gigih bekerja serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perusahaan yang mereka ceburi. Secara tidak langsung mereka ini turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pengeluaran makanan.