Tuesday, December 23, 2008

MARKISA - Tanaman Berpotensi



Markisa adalah tanaman jenis menjalar yang telah lama ditanam di Malaysia. Buahnya mengandungi vitamin C yang tinggi dan jus markisa mampu mengurangkan panas badan. Walaubagaimana pun dewasa ini tidak ramai petani yang mengusahakan tanaman ini secara komersial. Di Gua Tempurong, Perak sekumpulan petani telah mengusahakan tanaman ini secara komersial sejak lima tahun yang lalu.

Saya berkesempatan melawat projek ini semasa lawatan bersama TPPN Selangor pada November 2008 dan mendapati projek ini berpotensi untuk dikembangkan bagi menambah pendapatan para petani. Projek yang diusahakan oleh empat orang petani tersebut dijalankan di atas tanah seluas 3 ekar. Setiap ekar tanah mampu menampung 20 pokok markisa dan selepas 6 bulan ditanam di ladang ia akan mengeluarkan bunga dan buah.

Setiap minggu sepokok markisa boleh berhasil sebanyak 200 kg dan harga di ladang adalah RM3.00 hingga RM6.00 sekilogram mengikut gred. Buah markisa banyak dijual dipasar buah atau di pasaraya dengan harga antara RM10.00 hingga RM13.00 sekilogram.

1 comment:

bakteria said...

saya mahukan maklumat berkenaa markisa...email anuar_doa@yahoo.com tidak dapat diguna...sila email saya email saudara untuk saya hubungi..ni email saya:

authemax_07@yahoo.com

terima kasih..