Sebagai Ajen Pengembangan kita mempunyai peranan yang sangat besar dalam mengubah sikap para petani ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Kejayaan golongan sasar khususnya petani bergantung kepada sejauh mana keupayaan ajen pengembangan menterjemahkan peranan mereka di lapangan atau di ladang. Antara peranan utama ajen pengembangan adalah :
- Mendidik/mengajar - di dalam dunia pertanian, petani adalah 'rakan' ajen pengembangan dan bukan 'target'.
- Membantu/menolong -bersedia membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh petani.
- Memimpin - dalam aspek memimpin ini kita perlu tahu menyesuaikan keadaan kerana berbeza kategori pelanggan maka berbeza pula cara kepimpinan.
- Mentor/contoh - ajen pegembangan perlu menjadi contoh untuk diikuti oleh petani. Oleh itu ajen pengembangan perlu mahir dalam bidangnya serta dedikasi dalam tugas-tugasnya.
No comments:
Post a Comment