Friday, November 28, 2008

LAWATAN PEMANTAUAN TKPM




Kumpulan Pemantauan Projek JPNS telah mengadakan program lawatan pemantauan ke projek-projek pembangunan di Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Kelang pada pertengahan bulan yang lalu. Lawatan ini adalah bertujuan
untuk melihat kemajuan projek pembangunan dan memberi khidmat nasihat teknikal pertanian kepada para pegawai dan petani yang terlibat dalam sektor pertanian.


Antara perkara yang diberikan perhatian dalam pemantauan tersebut ialah pengemaskinian sistem fail projek, amalan agronomi, amalan ladang baik dan pengeluaran hasil projek. Selain itu aspek pengembangan atau penyampaian teknologi pertanian juga telah diambil perhatian agar semua golongan sasar mendapat manfaatnya.

MEMPERKASAKAN TKPM


Baru-baru ini Pengarah Pertanian Selangor telah memberi penerangan kepada semua Pengurus TKPM agar mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan semua TKPM di Selangor terus mencapai hasil yang tinggi. Selain daripada itu semua TKPM juga mesti mempunyai data serta maklumat asas yang terkini dan mudah dilihat oleh pelawat-pelawat yang datang ke TKPM.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh Pengurus-pengutus TKPM adalah seperti berikut :

i. memastikan pejabat TKPM mempunyai maklumat asas seperti luas kawasan, tahun mula, bilangan dan senarai usahawan, rekod hasil terkini.

ii.memastikan usahawan di TKPM telah menghantar permohonan SALM supaya dapat diproses oleh ibu pejabat.

iii.memastikan sekitar TKPM sentiasa bersih dan kelihatan : Commercial Look ".


Diharap semua Pengurus TKPM dapat membaiki keadaan agar prestasi TKPM di Selangor sentiasa dalam status yang terbaik.


" Selamat Berjuang"


Tuesday, November 11, 2008

Taman Kekal Pengeluaran Makanan ( TKPM )

MATLAMAT PROJEK TKPM

Matlamat penubuhan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ( TKPM)ialah untuk mewujudkan kawasan pertanian kekal bagi pengeluaran pertanian terpilih secara intensif dan moden yang merangkumi unsur-unsur penyelidikan dan pembangunan, pendidikan, pelancongan dan pemeliharaan alam sekitar.

FAEDAH PROJEK

Pengujudan kawasan pertanian kekal bagi pengeluaran pertanian dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan. Bagi mencapai matlamat ini beberapa langkah konstruktif seperti memberi sokongan infrastruktur, kemudahan serta perkhidmatan yang lengkap, penggunaan teknologi terkini, pengeluaran mengikut “Good Agricultural Practise” (GAP). Langkah ini dapat meningkatkan produktiviti serta mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan. Seterusnya permasaran hasil ladang dapat diperbaiki dan pendapatan peserta yang menyertai projek dapat ditingkatkan.

Friday, November 7, 2008

SINARTANI.BLOGSPOT.COM

SINARTANI.BLOGSPOT adalah sebuah blog yang direka bagi menyediakan pentas yang boleh dikongsi bersama khusus bagi membincangkan dan bertukar maklumat berkaitan industri pertanian.Sebagaimana yang kita maklum sektor pertanian dewasa ini menjadi semakin penting kerana permintaan bahan makanan yang sentiasa meningkat setiap hari.
Justeru itu saya mengalu-alukan kepada saudara dan saudari yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri pertanian agar kita dapat bersama-sama bertukar-tukar pendapat dan maklumat melalui ruangan ini.
Ini adalah sebagai permulaan insyaAllah saya akan menambah pelbagai info berkaitan pertanian yang boleh membantu semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menjayakan sektor pertanian khususnya di Malaysia.